DUNIA
61 migran maut selepas bot karam di persisiran Libya - UNHCR
UNHCR memaklumkan, hanya 13 orang terselamat selepas bot itu karam di perairan Tobruk, timur laut Libya pada 13 Sept. - Gambar/ Refugees In Libya
ISTANBUL: Sebuah bot yang membawa 74 migran terbalik di perairan Libya mengakibatkan 61 mangsa maut, menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada Rabu.
UNHCR memaklumkan, hanya 13 orang terselamat selepas bot itu karam di perairan Tobruk, timur laut Libya pada 13 Sept, manakala 61 yang lain hilang, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Agensi itu berkata, kesemua mangsa adalah warga Sudan, sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terkesan.
"Penyelesaian sebenar adalah dengan menamatkan perang di Sudan supaya keluarga dapat pulang dengan selamat tanpa perlu menempuh perjalanan berbahaya sebegini," menurut UNHCR.
Sejak pertengahan April 2023, tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) terlibat dalam konflik yang sehingga kini gagal ditamatkan menerusi pelbagai usaha rundingan serantau dan antarabangsa, meskipun situasi kemanusiaan di negara itu semakin kritikal.
-- BERNAMA