INTERNATIONAL
61 serangan dilaporkan di Myanmar sejak gempa bumi
Tentera Myanmar mengumumkan gencatan senjata selama tiga minggu dengan kumpulan pemberontak pada 2 April, susulan gempa bumi yang mengorbankan lebih 3,100 orang dan mencederakan ribuan yang lain. - Gambar/ AP
GENEVA: Lebih 60 serangan dilaporkan berlaku dalam tempoh seminggu sejak gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.
"Antara punca utama gangguan talian komunikasi adalah disebabkan oleh gempa bumi dan tindakan pihak tentera memutuskan saluran komunikasi," kata James Rodehaver dari Pejabat Hak Asasi Manusia PBB di Myanmar pada sidang media, lapor Anadolu Ajansi.
Beliau berkata sebanyak 61 serangan telah berlaku sejak gempa bumi itu, tanpa menyatakan pihak yang bertanggungjawab, dan merujuk kepada penggunaan "hang glider" oleh tentera dalam serangan yang 'seolah-olah direka' untuk menimbulkan ketakutan atau memaksa penduduk berpindah.
Ravina Shamdasani dari Pejabat Hak Asasi Manusia PBB berkata daripada serangan itu, 16 berlaku selepas gencatan senjata diumumkan pada 2 April.
Kira-kira 19 juta penduduk Myanmar kini berada dalam keadaan sangat memerlukan bantuan, kata Babar Baloch dari Agensi Pelarian PBB (UNHCR) pada sidang media sama.
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menyeru semua pihak di Myanmar agar mengetepikan perbezaan mereka dan membenarkan akses kemanusiaan yang lebih meluas ke kawasan terjejas.
"Gempa bumi yang dahsyat dan keperluan besar yang timbul susulan bencana itu seharusnya mendorong semua pihak untuk mencapai persetujuan ke arah penyelesaian bagi memberikan kelegaan kepada masyarakat yang telah lama terkesan akibat konflik dan keganasan," kata Pengarah Serantau ICRC untuk Asia dan Pasifik, Regis Savioz.
"Gencatan senjata sementara yang diumumkan itu sememangnya langkah ke arah yang betul, tetapi perlu dilanjutkan."
Pemimpin tentera Myanmar mengumumkan gencatan senjata selama tiga minggu dengan kumpulan pemberontak pada 2 April, susulan gempa bumi yang mengorbankan lebih 3,100 orang dan mencederakan ribuan yang lain.
Savioz berkata sebelum bencana itu berlaku, hampir 20 juta penduduk Myanmar telah bergantung kepada bantuan kemanusiaan akibat konflik berterusan.
-- BERNAMA