awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

63 penerbangan dibatalkan susulan ancaman bom

Bernama
Bernama
08/01/2023
02:40 MYT
63 penerbangan dibatalkan susulan ancaman bom
Pemandangan udara menunjukkan pesawat Jetstar yang membuat pendaratan cemas susulan ancaman bom di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair, Tokoname, Jepun, 7 Jan 2023. Foto Kyodo/via REUTERS
TOKYO: Lebih 60 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair di wilayah Aichi, Jepun susulan insiden pesawat Jetstar melakukan pendaratan cemas berikutan ancaman bom, lapor media Jepun.
Pesawat itu dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dekat Tokyo menuju ke Fukuoka yang terletak di Pulau Kyushu Jepun, ketika terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Sabtu pagi.
Nippon TV melaporkan, sebanyak 63 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang itu manakala empat lagi pesawat terpaksa menukar destinasi, lapor Sputnik.
Ketika kejadian seramai 136 penumpang dan enam anak kapal berada di dalam pesawat.
Akhbar NHK yang memetik polis melaporkan bahawa seramai lima orang cedera semasa proses mengeluarkan penumpang.
Pemeriksaan sudah dijalankan terutamanya di tempat penyimpanan kargo, namun tidak menemukan sebarang bahan letupan. Berikutan pendaratan cemas itu landasan di lapangan terbang ditutup kira-kira empat jam setengah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ancaman bom
#pesawat Jetstar
#Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair
#pendaratan cemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan