[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
INTERNATIONAL

643 kes cacar monyet dikesan di 26 negara setakat ini - WHO

Bernama 03/06/2022 | 11:28 MYT
Sekurang-kurangnya 643 kes cacar monyet telah direkodkan di 26 negara pada awal Jun, kata Ketua Penularan Penyakit dan Zoonosis, Program Kesihatan Kecemasan WHO Maria Van Kerkhove. - Gambar fail/WHO
ZURICH: Sekurang-kurangnya 643 kes cacar monyet telah direkodkan di 26 negara pada awal Jun, kata Ketua Penularan Penyakit dan Zoonosis, Program Kesihatan Kecemasan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Maria Van Kerkhove pada Khamis.
Beliau berkata sejak 13 Mei hingga 1 Jun, jumlah jangkitan keseluruhan mencecah 643 hingga 650, dengan pelbagai kes yang disyaki telah dikenal pasti.
Cacar monyet telah dilaporkan di 26 negara di empat wilayah setakat ini, dan kadar jangkitan tertinggi direkodkan di United Kingdom dengan 190 kes, Sepanyol (142), Portugal (119) manakala Jerman (44), lapor Sputnik.
Ahli epidemiologi pada masa ini perlu menilai risiko penularan cacar monyet di seluruh dunia, memeriksa genom virus dan mengesan kemungkinan mutasi, katanya.
Beratus-ratus kes cacar monyet telah direkodkan di negara Eropah, Australia, dan Amerika Syarikat sejak awal Mei.
Pegawai perubatan masih gagal mengenal pasti bagaimana ia merebak memandangkan wabak itu adalah endemik di negara-negara Afrika dan majoriti individu dijangkiti tidak mempunyai sebarang kaitan dengan orang Afrika mahupun berkunjung ke sana.
-- BERNAMA
#cacar monyet #monkeypox #Maria Van Kerkhove #WHO #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #virus