Skip to main content

Dunia

675 maut, 2,498 hilang dalam gelongsoran lumpur di Nepal - Pihak berkuasa

Residents carry their belongings salvaged from their damaged homes filled with mud and debris in Devighat, in Nepal's Nuwakot district, Saturday, Aug. 29, 2026, following the Aug. 26 flash floods. (AP Photo/Rajesh Kumar Singh)
Penduduk mengangkut barang yang sempat diselamatkan dari rumah mereka yang diseliputi lumpur dan runtuhan, di Devighat, daerah Nuwakot, Nepal', 29 Ogos 2026. (Foto AP)
Advertisement

KATHMANDU: KATHMANDU, 29 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal memaklumkan sebanyak 675 mayat ditemukan di kawasan yang dilanda gelongsoran lumpur setakat 6.30 petang waktu tempatan pada Sabtu, manakala 2,498 orang masih hilang, lapor Xinhua.

Menurut Jabatan Pelancongan Nepal di bawah Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Penerbangan Awam, seramai 753 pelancong masih tidak dapat dihubungi setakat 5.30 petang waktu tempatan, termasuk 589 warga asing.

Pejabat Pentadbiran Daerah Kathmandu pada Sabtu mengeluarkan notis segera yang menyeru pelbagai persatuan, institusi, perusahaan dan individu di Kathmandu supaya menyumbangkan bekalan bantuan bagi membantu mangsa di daerah Rasuwa, Nuwakot dan Dhading.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement