7 maut, bangunan 5 tingkat runtuh di Kaherah

Bernama
Julai 17, 2023 12:00 MYT
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut, manakala seorang lagi cedera pada Isnin selepas sebuah bangunan lima tingkat runtuh di ibu negara Mesir. - Foto AP
KAHERAH: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut, manakala seorang lagi cedera pada Isnin selepas sebuah bangunan lima tingkat runtuh di ibu negara Mesir, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Pasukan penyelamat sedang mengesan seorang wanita yang hilang di bawah runtuhan, lapor laman sesawang milik kerajaan, Ahram.
Sementara itu, dua bangunan berhampiran dikosongkan sehingga pihak berkuasa perbandaran memeriksa keselamatan premis.
Kemalangan itu berlaku sehari selepas dua bangunan runtuh di wilayah Iskandariah dan Beheira di utara Mesir, mengorbankan lima orang dan mencederakan 11 yang lain.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: bangunan runtuh, Kaherah, wanita, hilang
#bangunan runtuh #bangunan lima tingkat #Mesir #Kaherah