DUNIA
7 maut bas pelancong terbalik di barat Mexico
Pasukan penyiasat dan forensik telah dihantar ke lokasi kemalangan. - Gambar hiasan
MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya tujuh individu maut dan ramai lagi cedera pada Sabtu selepas sebuah bas pelancong terbalik di negeri Michoacan, barat Mexico, menurut pihak berkuasa tempatan.
Pejabat Peguam Negara Michoacan dalam hantaran di media sosial memaklumkan bahawa bas itu berlepas dari Uruapan dan menuju ke kawasan perbandaran Tlalpujahua. Pasukan penyiasat dan forensik telah dihantar ke lokasi kemalangan.
Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 20 penumpang cedera. Pihak berkuasa belum menentukan punca kemalangan dan siasatan sedang dijalankan, menurut laporan tersebut.
-- BERNAMA