DUNIA
7 maut dalam insiden tembakan
Beberapa lelaki bersenjata berpakaian hitam melepaskan tembakan ke arah orang ramai di sebuah dewan biliard di Santo Domingo. - Gambar hiasan
QUITO: Tujuh orang maut dalam satu insiden tembakan di wilayah barat laut Ecuador, Santo Domingo de los Tsachilas pada pagi Ahad, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Beberapa lelaki bersenjata berpakaian hitam tiba di sebuah dewan biliard pada awal pagi Ahad di Santo Domingo, ibu kota wilayah itu dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berada di situ, menurut laporan media.
Polis tempatan menutup lokasi kejadian selepas insiden itu. Siasatan awal menunjukkan mangsa yang maut, termasuk seorang pesara polis dan seorang ketua kumpulan penjenayah yang dikenali dengan gelaran "Rasta."
-- BERNAMA