7 maut dalam nahas bas mini bawa pesakit warga emas

Bernama
Mei 3, 2022 02:46 MYT
Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan bas mini yang membawa pesakit warga emas di Parana, Brazil pada Isnin. -Gambar hiasan
SAO PAULO: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan bas mini yang membawa pesakit warga emas di Parana, Brazil pada Isnin.
Menurut laporan awal Konsortium Kesihatan Perbandaran di barat Parana, bas mini itu dalam perjalanan ke hospital, lapor Xinhua.
Nahas berlaku di lebuh raya berhampiran bandar Marechal Candido Rondon, 163 kilometer dari bandar Foz do Iguazu, di sempadan Paraguay dan Argentina.
-- BERNAMA
#bas mini #warga emas #Parana #nahas jalan raya