[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
INTERNATIONAL

7 pelajar universiti terkemuka maut, 20 cedera kemalangan bas di selatan Brazil

Bernama 05/04/2025 | 03:45 MYT
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya RSC-453 di bandar Imigrante, di Rio Grande do Sul, berhampiran sempadan Argentina dan Uruguay. - Gambar hiasan
SAO PAULO: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 20 lagi cedera pada Jumaat apabila sebuah bas yang membawa pelajar dan pensyarah universiti terbabas dan terjunam dari lebuh raya di selatan Brazil, menurut pegawai bomba tempatan, lapor Xinhua.
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya RSC-453 di bandar Imigrante, di Rio Grande do Sul, berhampiran sempadan Argentina dan Uruguay.
Menurut media tempatan, bas berkenaan membawa pelajar dan pensyarah dari Federal University of Santa Maria, satu daripada universiti awam terkemuka di Brazil.
Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan di bandar Teutonia.
Gabenor Rio Grande do Sul, Eduardo Leite menyampaikan ucapan takziah dan berkata negeri itu kini "berkabung" serta akan memberikan sokongan kepada mereka yang terjejas.
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca nahas.
-- BERNAMA
#kemalangan bas #Brazil #angka maut #Federal University of Santa Maria