KUALA LUMPUR: Seramai tujuh individu daripada Global Peace Mission (GPM) Malaysia digerakkan ke Afghanistan bagi memantau perkembangan terkini di negara itu.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah yang memaklumkan perkara itu berkata mereka digerakkan menerusi misi perolehan fakta (fact finding mission).

"Saya mengucapkan terima kasih kepada GPM yang menawarkan khidmat mereka dalam misi ini," katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Beliau pada masa sama sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengambil langkah tergesa-gesa dalam mengiktiraf pentadbiran Taliban di Afghanistan.

BACA: Iktiraf kerajaan Afghanistan: Malaysia tidak akan tergesa-gesa - Saifuddin