Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

70 sekolah di Australia ditutup selepas asbestos ditemui dalam pasir permainan

Astro Awani 16/11/2025 | 10:44 MYT
Hampir 70 sekolah rendah dan prasekolah di Australia diarah tutup selepas kehadiran asbestos dikesan dalam produk pasir berwarna untuk kanak-kanak. -Gambar hiasan/Freepik Image
SYDNEY: Hampir 70 sekolah rendah dan prasekolah di Australia diarah tutup serta-merta selepas pihak berkuasa mengesan kehadiran asbestos dalam produk pasir berwarna yang digunakan untuk aktiviti permainan dan kraf kanak-kanak.


Ringkasan AI
  • Hampir 70 sekolah rendah dan prasekolah di Australia diarah tutup selepas kehadiran asbestos dikesan dalam produk pasir berwarna untuk kanak-kanak.
  • Produk yang diimport dari China dan dijual oleh beberapa peruncit utama termasuk Officeworks, Educating Kids, Modern Teaching Aids dan Zart Art mengandungi tremolit asbestos.
  • Sekolah awam di Canberra dan Brisbane ditutup sepenuhnya disebabkan isu ini, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti risiko kesihatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC), produk pasir berwarna yang diimport dari China dan dijual oleh beberapa peruncit utama termasuk Officeworks, Educating Kids, Modern Teaching Aids dan Zart Art didapati mengandungi tremolit asbestos — bahan yang dilarang penggunaannya di Australia.

“Produk ini telah ditarik balik dari pasaran dan kami bekerjasama dengan pihak peruncit untuk memastikan pelanggan dimaklumkan serta langkah pelupusan selamat diambil,” kata Timbalan Pengerusi ACCC, Catriona Lowe.

Setakat ini, 16 sekolah awam di Canberra dan sekurang-kurangnya satu sekolah di Brisbane ditutup sepenuhnya, manakala beberapa lagi hanya ditutup sebahagian sebagai langkah berjaga-jaga.

Pihak berkuasa kesihatan menasihatkan ibu bapa yang memiliki produk pasir berwarna tersebut di rumah agar tidak membukanya dan segera menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk pelupusan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti tahap pendedahan dan risiko kesihatan kepada murid serta kakitangan sekolah yang terlibat.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah sebab utama hampir 70 sekolah rendah dan prasekolah di Australia diarah tutup?
    A: Kehadiran asbestos dalam produk pasir berwarna yang digunakan untuk aktiviti permainan dan kraf kanak-kanak.
  • Q: Siapakah pihak yang mendapati produk pasir berwarna mengandungi tremolit asbestos?
    A: Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC).
  • Q: Berapakah bilangan sekolah awam di Canberra yang ditutup sepenuhnya disebabkan isu produk pasir berwarna tersebut?
    A: 16 sekolah awam di Canberra.
  • Q: Apakah nasihat yang diberikan kepada ibu bapa yang memiliki produk pasir berwarna yang disyaki mengandungi asbestos?
    A: Tidak membukanya dan segera menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk pelupusan selamat.
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh pihak berkuasa setelah mendapati produk pasir berwarna mengandungi asbestos?
    A: Produk ditarik balik dari pasaran, kerjasama dengan peruncit untuk makluman pelanggan dan langkah pelupusan selamat diambil.



#Australia #asbestos #pasir berwarna #kraf kanak-kanak #sekolah rendah dan prasekolah