awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

700,000 warga Palestin di ambang maut

Sinar Harian
Sinar Harian
24/02/2024
00:40 MYT
700,000 warga Palestin di ambang maut
Rakyat Palestin beratur untuk menerima bantuan makanan percuma di Rafah, Gaza, 21 Dis 2023. - Gambar fail AP
GENTING GAZA: Pada Januari lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan sebanyak 80 peratus penduduk dunia yang berdepan kebuluran atau krisis kelaparan melampau terdiri daripada populasi di Genting Gaza.
Malah, mereka turut menyuarakan kebimbangan bahawa keseluruhan generasi berisiko mengalami bantut iaitu keadaan yang disebabkan masalah mendapatkan makanan berkhasiat.
Situasi yang berlaku itu seterusnya menjejaskan bentuk fizikal dan kognitif, sekali gus memberikan ancaman signifikan terhadap kemampuan pembelajaran.
“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan keseluruhan orang awam lapar. Israel memusnahkan sistem makanan Gaza dan menggunakannya sebagai senjata menentang penduduk Palestin,” kata pakar-pakar bebas PBB.
Mereka antaranya ialah Wakil Khas Britain mengenai Situasi Hak-Hak Asasi Manusia Wilayah Palestin Sejak 1967, Francesca Albanese; Utusan Khas Keganasan Menentang Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan, Reem Alsalem serta Utusan Khas Hak-Hak Asasi Manusia terhadap Minuman Selamat dan Sanitasi, Pedro Arrojo Agudo.
Menurut mereka, kekurangan zat yang mencukupi dan penjagaan kesihatan membahayakan wanita-wanita hamil serta bayi yang belum dilahirkan.
“Semua kanak-kanak berusia bawah lima tahun atau bersamaan kira-kira 335,000 orang lebih cenderung untuk menerima kesan pemakanan tidak seimbang ketika ancaman kelaparan semakin serius.
“Ketika ini setiap seorang penduduk Gaza kelaparan. Suku penduduknya kebuluran dan bergelut mencari makanan serta air bersih untuk diminum,” tegas kumpulan itu lagi.
Rakyat Palestin berebut mengambil bekalan daripada lori yang membawa misi bantuan kemanusiaan di Rafah, Gaza, 17 Dis 2023. - Gambar fail AP
Rakyat Palestin berebut mengambil bekalan daripada lori yang membawa misi bantuan kemanusiaan di Rafah, Gaza, 17 Dis 2023. - Gambar fail AP
Pendedahan tersebut dibuat ketika badan berkenaan menekankan tentang peningkatan krisis kemanusiaan di wilayah tersebut di tengah-tengah serangan berterusan tentera Israel.
Terbaharu, Sputnik melaporkan masalah kebuluran semakin meruncing di Semenanjung Gaza dengan lebih 700,000 rakyat Palestin berisiko kehilangan nyawa.
“Situasi kebuluran di kawasan Semenanjung Gaza yang dihuni kira-kira 2.4 juta penduduk semakin bertambah buruk dari hari ke hari.
“Kawasan yang paling terjejas teruk adalah di tengah dan selatan Gaza yang bakal mencetuskan malapetaka kemanusiaan.
“Lebih buruk, ia meletakkan nyawa sebilangan besar daripada populasi Palestin berada diambang maut,” menurut pejabat media kerajaan wilayah Palestin pada Selasa.
Justeru, pemerintah Palestin mendesak rejim Israel untuk segera menarik balik kepungan haram di Semenanjung Gaza dan membenarkan 10,000 trak yang sarat dengan bantuan kemanusiaan memasuki kawasan berkenaan.
“Walaupun bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza, penduduk Palestin masih kekurangan makanan dan bahan api untuk memasak.
“Banyak kedai roti tidak beroperasi disebabkan kekurangan bahan api, air dan tepung, selain kerosakan struktur bangunan,” jelas mereka. - AGENSI/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PBB
#bantut
#Gaza
#kebuluran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan