DUNIA
714,000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal sejak serangan Israel disambung semula
Lebih 714,000 penduduk Gaza hilang tempat tinggal sejak 18 Mac 2025, dengan 85% wilayah berada dalam zon ketenteraan atau kawasan pengusiran, serta krisis bahan api yang melumpuhkan operasi kemanusiaan. -Gambar fail/AP
ISTANBUL: Lebih 714,000 orang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza sejak Israel menyambung semula serangannya pada 18 Mac lalu, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat.
Ringkasan AI
"Penduduk kini terperangkap di kawasan yang semakin mengecil, dengan 85 peratus wilayah Gaza berada dalam zon ketenteraan Israel, di bawah arahan pengusiran, atau kawasan yang bertindih dengan perintah itu," kata UNRWA dalam kenyataan memetik angka yang dikeluarkan Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).
"Lebih 714,000 orang hilang tempat tinggal sekali lagi sejak berakhirnya gencatan senjata," lapor Anadolu Ajansi (AA).
UNRWA turut memaklumkan bahawa Gaza sedang berdepan krisis bahan api yang semakin meruncing, yang boleh menyebabkan operasi kemanusiaan lumpuh sepenuhnya.
"Perkhidmatan penting yang menyelamatkan nyawa seperti kesihatan, air dan sanitasi, telekomunikasi serta perlindungan kini berisiko tinggi untuk dihentikan.
"Tiada bahan api dibenarkan masuk ke Gaza sejak lebih empat bulan lalu, iaitu sejak 2 Mac 2025," menurut UNRWA.
Agensi pelarian itu juga menyatakan bahawa pasukan perubatannya kini berdepan kekurangan sumber, dengan lebih separuh bekalan perubatan kehabisan stok.
UNRWA tidak dibenarkan membawa masuk sebarang bantuan kemanusiaan, termasuk ubat-ubatan dan bekalan perubatan sejak lebih empat bulan lalu.
Berhubung situasi di utara Tebing Barat, UNRWA melaporkan bahawa tentera Israel mengeluarkan perintah perobohan baharu terhadap 104 bangunan di kem pelarian Tulkarem pada 30 Jun lalu, menjadikannya perintah perobohan besar-besaran keempat di kem utara Tebing Barat sejak operasi Israel bermula pada 21 Januari di kawasan itu.
"Secara keseluruhan, kira-kira 400 bangunan terjejas akibat perintah ini, namun kemusnahan di utara Tebing Barat adalah jauh lebih besar," menurut agensi itu.
Berdasarkan angka OCHA, seramai 957 rakyat Palestin termasuk sekurang-kurangnya 203 kanak-kanak terbunuh di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur antara 7 Okt 2023 hingga 1 Julai 2025.
Daripada jumlah itu, seramai 151 rakyat Palestin termasuk sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak terbunuh sejak awal tahun ini.
Walaupun terdapat gesaan antarabangsa agar gencatan senjata dilaksanakan, tentera Israel terus melancarkan perang pembunuhan beramai-ramai di Gaza yang meragut lebih 57,200 nyawa rakyat Palestin - kebanyakannya wanita dan kanak-kanak - sejak Oktober 2023.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas kesalahan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan perbicaraan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangannya ke atas wilayah berkenaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lebih 714,000 penduduk Gaza hilang tempat tinggal sejak 18 Mac 2025, dengan 85% wilayah berada dalam zon ketenteraan atau kawasan pengusiran, serta krisis bahan api yang melumpuhkan operasi kemanusiaan.
- Tentera Israel mengeluarkan perintah perobohan terhadap ratusan bangunan di Tebing Barat, menyebabkan kemusnahan besar dan hampir 1,000 rakyat Palestin terbunuh sejak Oktober 2023.
- Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel atas jenayah perang, dan Israel kini berdepan perbicaraan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.