awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

73 rakyat Palestin syahid di utara Gaza

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2024
23:30 MYT
73 rakyat Palestin syahid di utara Gaza
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan bertingkat dan merosakkan beberapa rumah berhampiran. - Foto X/Quds News Network
GAZA: Sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin termasuk ramai wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel di bandar Beit Lahiya, utara Gaza, pada Sabtu.
Pejabat media Gaza berkata, berpuluh-puluh lagi cedera dan hilang dalam serangan itu.
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan bertingkat dan merosakkan beberapa rumah berhampiran.
Pegawai kesihatan Palestin berkata, operasi menyelamat terhalang oleh pemotongan perkhidmatan telekomunikasi dan internet untuk hari kedua.
Sebelum itu, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan tentera Israel membunuh 35 rakyat Palestin di seluruh kawasan itu.
Katanya, ini adalah perang pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik dengan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di Beit Lahiya.
Penduduk dan pegawai perubatan berkata, tentera Israel telah mengetatkan pengepungan mereka di Jabalia dengan turut menghantar kereta kebal ke bandar berdekatan Beit Hanoun dan Beit Lahiya serta mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk.
Di Jabalia, penduduk berkata, tentera Israel mengepung beberapa tempat perlindungan yang menempatkan keluarga pelarian sebelum menyerbu mereka dan menahan berpuluh-puluh lelaki.
Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan berpuluh-puluh lelaki palestin duduk di atas tanah di sebelah kereta kebal, manakala yang lain diketuai oleh seorang askar ke tapak perhimpunan.
Penduduk dan pegawai perubatan berkata tentera Israel mengebom rumah dan mengepung hospital, menghalang bekalan perubatan dan makanan daripada masuk untuk memaksa mereka meninggalkan kem.
Pegawai kesihatan berkata, mereka menolak arahan tentera Israel untuk mengosongkan hospital atau meninggalkan pesakit, kebanyakannya dalam keadaan kritikal tanpa pengawasan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#serangan
#Israel
#Gaza
#Beit Lahiya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan