DUNIA
75 lagi terbunuh, korban rakyat Palestin cecah 62,819
Serangan berterusan itu turut menyebabkan 370 orang cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa sejak konflik bermula pada 7 Oktober 2023 meningkat kepada 62,819 kematian dengan 158,629 yang lain cedera. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Sekurang-kurangnya 75 rakyat Palestin, termasuk 17 individu yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan, terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Ringkasan AI
Serangan berterusan itu turut menyebabkan 370 orang cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa sejak konflik bermula pada 7 Oktober 2023 meningkat kepada 62,819 kematian dengan 158,629 yang lain cedera.
Kementerian turut memaklumkan bahawa 2,140 orang yang sedang menunggu bantuan telah terbunuh sejak mekanisme pengagihan bantuan Gaza Humanitarian Fund (GHF) diperkenalkan pada 27 Mei lalu.
Insiden terbaharu ini berlaku di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa terhadap serangan ke atas kemudahan perubatan dan wartawan, termasuk serangan ke atas Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 21 orang, termasuk lima wartawan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pelbagai badan hak asasi manusia terus menggesa gencatan senjata segera serta akses kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza, yang kini berdepan krisis kebuluran, kekurangan ubat-ubatan dan kemusnahan infrastruktur kritikal.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 75 rakyat Palestin terbunuh dan 370 cedera dalam serangan udara Israel ke atas Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.
- Jumlah keseluruhan korban sejak 7 Oktober 2023 meningkat kepada 62,819 kematian dan 158,629 kecederaan, termasuk 2,140 individu yang terbunuh ketika menunggu bantuan kemanusiaan.
- PBB dan badan hak asasi menggesa gencatan senjata serta akses bantuan tanpa halangan ke Gaza yang kini berdepan krisis kebuluran, kekurangan ubat dan kemusnahan infrastruktur.