awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

77 orang mati dalam insiden kereta api di Sepanyol

AFP
AFP
25/07/2013
03:00 MYT
77 orang mati dalam insiden kereta api di Sepanyol
-filepic
Sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dan 143 orang cedera apabila kereta api tergelincir di Galicia di barat laut Sepanyol semalam, menurut presiden kerajaan serantau.
"Bilangan yang mati tidak akan lebih rendah daripada 35," Alberto Nunez Feijoo memberitahu radio Cadena Ser.
"Terdapat mayat-mayat di atas landasan keretapi. Ia bagaikan satu babak Dante-esque," katanya.
Menurut syarikat kereta api Renfe terdapat "beberapa yang mati dan cedera" dalam kemalangan berhampiran bandar Santiago de Compostela, tetapi tidak dapat memberikan jumlah yang tepat.
Kereta api itu membawa 238 penumpang bertolak dari Madrid dan telah menuju ke bandar barat laut Ferrol di mana rantau Galicia sedang bersiap sedia untuk sambutan sempena penaungnya Saint James.
"Ia tergelincir berhampiran stesen Santiago de Compostela tetapi kita belum tahu punca," kata Renfe.
Stesen televisyen awam TVE meminta rayuan daripada hospital kawasan untuk derma darah bagi membantu yang cedera.
"Saya ingin menyatakan rase simpati dan semangat bersatu pada mangsa-mangsa kemalangan kereta api dahsyat di Santiago," kata Perdana Menteri Mariano Rajoy, yang berasal dari Galicia, dalam satu mesej Twitter.
Perdana menteri dijangka melawat tempat kejadian kemalangan pada hari ini.
Topic Berkaitan
#Galicia
#kereta api
#sepanyol
#tegelincir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan