DUNIA
78 maut termasuk 28 kanak-kanak akibat banjir besar di Texas
Pandangan menunjukkan rumah-rumah yang dilanda banjir, susulan hujan lebat di sepanjang Sungai Concho di San Angelo, Texas, 4 Julai 2025. REUTERS
JUMLAH kematian akibat banjir besar di Texas mencecah sekurang-kurangnya 78 orang setakat Ahad, termasuk 28 kanak-kanak, ketika usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Pada masa sama, kebimbangan berlakunya banjir susulan turut memaksa pemindahan yang melibatkan pasukan sukarelawan penyelamat.
Larry Leitha, sheriff Daerah Kerr di kawasan Texas Hill Country, berkata 68 orang telah terkorban akibat banjir di daerahnya, yang merupakan pusat bencana tersebut, termasuk 28 kanak-kanak.
Sementara itu, Gabenor Texas, Greg Abbott, pada sidang media petang Ahad, mengesahkan 10 lagi mangsa maut di kawasan lain di Texas dan 41 masih hilang.
"Ia benar-benar menyayat hati melihat apa yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut," kata Abbott yang turut melawat kawasan terjejas pada Sabtu dan berikrar untuk meneruskan usaha mencari mangsa yang hilang.
Banjir tersebut berlaku di Kem Musim Panas Camp Mystic yang telah beroperasi sejak 1926, di mana setakat ini 11 kanak-kanak perempuan dan seorang kaunselor masih belum ditemui.
Banjir berlaku selepas Sungai Guadalupe yang terletak berhampiran lokasi kejadian melimpah akibat hujan lebat yang turun di kawasan tengah Texas pada Jumaat, sempena cuti Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat.
Presiden Donald Trump menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa dan berkata beliau mungkin akan melawat kawasan tersebut pada Jumaat.
Beliau menambah bahawa pentadbirannya telah berhubung dengan Abbott.