awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru

Bernama
Bernama
07/02/2023
05:38 MYT
8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru
Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan (COEN) pada Isnin mengesahkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lima masih hilang selepas banjir lumpur melanda perkampungan di Camana Peru, di wilayah selatan Arequipa. - Gambar BERNAMA
LIMA: Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan (COEN) pada Isnin mengesahkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lima masih hilang selepas banjir lumpur melanda perkampungan di Camana Peru, di wilayah selatan Arequipa.
Hujan lebat pada hujung minggu menyebabkan banjir lumpur yang menjejaskan beberapa komuniti, termasuk Pampaylima, Venado de Oro, Infiernillo, San Martin, Miski dan Secocha, kesemuanya terletak di daerah Mariano Nicolas Valcarcel, lapor Xinhua.
Komuniti perlombongan di Miski dan San Martin terkejut dengan kejadian tanah runtuh itu.
Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan lumpur dan batu menimbus laluan termasuk rumah pasang siap.
Pihak berkuasa tempatan meminta bantuan kemanusiaan disalurkan segera kepada komuniti yang terputus hubungan selepas banjir menjejaskan lebuh raya Secocha-San Martin. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir lumpur
#Peru
#komuniti perlombongan
#wilayah selatan Arequipa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan