awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 maut selepas bas jatuh dari jambatan di Punjab, India

Bernama
Bernama
27/12/2024
21:45 MYT
8 maut selepas bas jatuh dari jambatan di Punjab, India
Sebuah bas penumpang terbabas dan terjatuh dari jambatan pada Jumaat ketika hujan lebat di negeri Punjab, India utara, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut dan lebih 20 cedera. - Foto Sinar Harian/Agensi
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan lebih 20 orang cedera selepas sebuah bas penumpang terbabas dan terjatuh dari jambatan pada Jumaat ketika hujan lebat di negeri Punjab, India utara, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.
Kejadian itu berlaku berhampiran kampung Jiwan Singh Wala di daerah Bathinda, Punjab.
Sejurus selepas kejadian, penduduk tempatan bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa yang cedera dan memaklumkan kepada polis, yang segera menghantar pasukan dan anggota pasukan tindak balas bencana untuk menjalankan usaha menyelamat.
"Lapan orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun, maut dalam kemalangan hari ini," kata Showkat Ahmad Parray, seorang pegawai kanan kerajaan di Bathinda, kepada media. "Lima kematian disahkan di hospital Talwandi dan tiga lagi di hospital awam Bathinda."
Parray berkata menurut saksi yang terselamat, bas itu dipandu pada kelajuan tinggi apabila sebuah traktor datang dari arah bertentangan, menyebabkan pemandu hilang kawalan dan terjatuh ke dalam parit.
Seorang pegawai polis kanan di Bathinda, Amneet Kondal, berkata 46 penumpang berjaya diselamatkan dari tempat kejadian.
Polis telah mendaftarkan kes dan memerintahkan siasatan mengenai kemalangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Punjab
#bas terbabas
#bas jatuh dari jambatan
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan