awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 orang awam maut dalam serangan udara ke atas kawasan pasar di Myanmar

Bernama
Bernama
21/07/2024
06:00 MYT
8 orang awam maut dalam serangan udara ke atas kawasan pasar di Myanmar
Serangan udara tentera Myanmar ke atas sebuah kawasan pasar berlaku di Bandar Hsenwi dalam Wilayah Lashio. -Google Maps
NAYPYIDAW: Sekurang-kurangnya lapan orang awam maut dan lapan lagi cedera dalam satu serangan udara tentera Myanmar ke atas sebuah kawasan pasar di utara Negeri Shan, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan media tempatan, pada Sabtu.
Serangan itu berlaku di Bandar Hsenwi dalam Wilayah Lashio, menurut akhbar Irrawaddy.
Hsenwi berada di bawah kawalan kumpulan pemberontak, Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA), tahun lepas.
Sekurang-kurangnya 38 orang awam terbunuh di Wilayah Lashio antara 3 hingga 19 Julai berikutan pertempuran antara tentera dengan kumpulan pemberontak.
Pada Februari 2021, tentera Myanmar merampas kuasa daripada kerajaan pimpinanan Aung San Suu Kyi yang dipilih secara demokrasi.
Sejak itu, negara di Asia Tenggara itu menghadapi masalah sosial, politik dan ekonomi yang serius apabila pihak tentera mengambil tindakan terhadap mereka yang dianggap sebagai penentang.
Sejak Oktober lepas, pertempuran antara tentera dan kumpulan penentang bersenjata semakin meningkat dan merebak ke hampir seluruh Myanmar.
Lebih daripada 2.8 juta penduduk negara itu terpaksa berpindah sementara sekurang-kurangnya 18 juta memerlukan bantuan kemanusiaan, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan udara
#tentera Myanmar
#kawasan pasar
#Hsenwi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan