80 cedera, 5 parah feri didakwa berlanggar dengan paus

Agensi
Mac 11, 2019 08:36 MYT
Seramai 80 orang cedera dan lima orang parah apabila sebuah feri didakwa melanggar seekor ikan paus dalam satu kejadian di Kepulauan Sado, Jepun. - Gambar REUTERS
LEBIH 80 orang dilaporkan cedera dan lima parah selepas sebuah feri dilaporkan berlanggar dengan haiwan marin disyaki ikan paus di Jepun pada Sabtu.
Kejadian berlaku sekitar tengah hari di Kepulauan Sadi, lapor Kyodo News menyebabkan feri berkenaan mengalami rekahan sekitar 15 sentimeter.
Pengendali feri, Sado Steam Co berkata, meskipun berlaku kejadian yang tidak diingini, feri berkenaan selamat tiba di destinasi yang dituju, terletak di pantai barat kepulauan Jepun di Honshu.
Feri berkenaan yang berlepas dari Pelabuhan Honshu Niigata membawa seramai 121 penumpang dan empat kru.
Punca kejadian masih dalam siasatan, namun ada yang mendakwa ia disebabkan feri itu mungkin terlanggar ikan paus atau haiwan marin lain.
Dalam pada itu, paus jenis Minkee dan Humpback dikatakan melalui lautan di Jepun untuk migrasi dalam tempoh waktu yang sama.
#cedera #feri #Honshu #honshu niigata #ikan paus #Jepun #kepulauan sado #penumpang