DUNIA
80,000 telefon bimbit dirampas di penjara Perancis pada 2024
Pihak berkuasa Perancis mengumumkan pelan "sifar telefon bimbit dalam penjara" bagi menamatkan akses banduan kepada telefon bimbit dan menghalang penghantaran dadah serta barangan terlarang lain kepada banduan melalui dron. - Gambar hiasan
PARIS: Pihak berkuasa di Perancis merampas 80,000 telefon bimbit di penjara seluruh negara tahun lepas, kata Menteri Kehakiman pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Gerald Darmanin mengumumkan pelan "sifar telefon bimbit dalam penjara" bagi menamatkan akses banduan kepada telefon bimbit dan menghalang penghantaran dadah serta barangan terlarang lain kepada banduan melalui dron.
Di bawah skim bernilai jutaan euro itu, banyak penjara akan dilengkapi jeriji tingkap rapat, mesin sinar-X serta alat penyekat isyarat bagi menghalang penggunaan telefon bimbit dan mengganggu capaian internet.
"Seperti yang saya katakan, 80,000 telefon bimbit telah dirampas tahun lepas, selain dadah," kata menteri itu semasa lawatan ke Penjara La Sante di Paris, tempat bekas Presiden Nicolas Sarkozy baru-baru ini ditahan selama tiga minggu.
"Tadi, pegawai penjara memberitahu saya bahawa sekurang-kurangnya dua pertiga penghuni Penjara La Sante di Paris menghisap hasyis di dalam sel mereka," kata Darmanin.
"Kebanyakan rakyat Perancis serta pegawai penjara tidak faham bagaimana banduan boleh membuat panggilan telefon bimbit dan menghisap hasyis dalam penjara," katanya lagi.
Beliau berkata, penjenayah paling berbahaya khususnya perlu diputuskan sepenuhnya daripada dunia luar di penjara keselamatan tinggi.
Beliau merujuk kes terbaharu di Marseille, di mana seorang ketua sindiket dadah disyaki mengarah pembunuhan berbayar dari dalam penjara.
Beberapa bulan lepas, polis Perancis turut merampas ratusan telefon bimbit mini yang digunakan banduan untuk meneruskan kegiatan jenayah dari penjara.
-- BERNAMA