DUNIA
82 kanak-kanak dilaporkan terbunuh di Gaza sejak gencatan senjata 10 Oktober - UNICEF
Menurut pejabat media Gaza, sekurang-kurangnya 386 orang terbunuh dan 980 lagi cedera akibat tembakan tentera Israel sejak gencatan senjata. - Reuters
GENEVA: Sekurang-kurangnya 82 kanak-kanak dilaporkan terbunuh di Semenanjung Gaza sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Jumaat, sambil memberi amaran mengenai apa yang disifatkan sebagai "pola keganasan yang amat membimbangkan", lapor Anadolu Ajansi (AA).
Bercakap kepada wartawan di Geneva, jurucakap UNICEF Ricardo Pires berkata: "UNICEF dimaklumkan bahawa kini, 82 kanak-kanak dilaporkan terbunuh di Gaza sejak 10 Okt, dan ini adalah pola yang amat membimbangkan serta perlu dihentikan."
Menurut pejabat media Gaza, sekurang-kurangnya 386 orang terbunuh dan 980 lagi cedera akibat tembakan tentera Israel sejak gencatan itu.
Pejabat hak asasi manusia PBB turut melaporkan lebih 350 serangan berlaku sejak gencatan senjata berkuat kuasa, dengan kenyataan: "Kesemuanya berlaku di sekitar apa yang dipanggil 'garisan kuning', dengan sekurang-kurangnya 121 rakyat Palestin terbunuh, termasuk tujuh wanita, 30 kanak-kanak dan ramai lagi yang cedera."
Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa sejak 10 Okt, keadaan hidup di Gaza tidak bertambah baik kerana Israel terus mengenakan sekatan ketat terhadap kemasukan trak bantuan, sekali gus melanggar protokol kemanusiaan dalam perjanjian itu.
Israel telah membunuh lebih 70,000 orang - kebanyakannya wanita dan kanak-kanak - dan mencederakan lebih 171,000 yang lain dalam serangan di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, yang berterusan walaupun gencatan senjata telah berlangsung sejak dua bulan lalu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini