[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

826 penumpang Saudia terkandas di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta

Azyyati Ahmad 17/03/2020 | 04:08 MYT
Kebanyakan penumpang terus ke kaunter daftar masuk Terminal 3 walaupun telah dimaklumkan melalui mesej mengenai pembatalan berkenaan. Foto Twitter LabeebHub
Sekurang-kurangnya 826 penumpang Saudia Arabian Airlines (Saudia) terkandas di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta sejak Ahad selepas Arab Saudi menggantung semua penerbangan ke negara itu akibat pandemik COVID-19.
Lapor Tempo.co, kesemua yang terkandas dijadualkan menaiki dua penerbangan Saudia iaitu penerbangan SV825 dan SV819 - untuk kembali ke negara berkenaan.
Menurut Ketua Keselamatan Penerbangan Soekarno-Hatta Alexander Yurikho kebanyakan penumpang terus ke kaunter daftar masuk Terminal 3 walaupun telah dimaklumkan melalui mesej mengenai pembatalan berkenaan.
Agensi berita Saudi Press Agency (SPA) melaporkan pada Ahad, Kedutaan Saudi di Jakarta bekerjasama dengan syarikat penerbangan untuk mencari penyelesaian segera dalam kes penerbangan yang dibatalkan, dengan matlamat utama membawa pulang warganya ke tanah air.
Ia menegaskan bahawa pengangkutan telah dijamin untuk semua warga yang terkandas di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta ke hotel sementara dan kemudahan disediakan sehingga mereka kembali.
Kerajaan Arab Saudi menggantung semua penerbangan antarabangsa selama dua minggu mulai Ahad untuk mengelakkan penularan COVID-19.
Arab Saudi mencatatkan 86 kes COVID-19, manakala Indonesia melaporkan 134 kes.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arab Saudi #COVID-19 #Indonesia #Jakarta #penerbangan