9 anggota bomba maut dalam kejadian runtuhan gua di Brazil

Bernama
November 1, 2021 03:12 MYT
Sembilan anggota bomba maut manakala seorang lagi diselamatkan dalam kejadian runtuhan gua di Sao Paulo, Brazil pada Ahad. -AP
SAO PAULO: Sembilan anggota bomba maut manakala seorang lagi diselamatkan dalam kejadian runtuhan gua di Sao Paulo, Brazil pada Ahad, menurut pihak berkuasa.
Kejadian itu berlaku pada Ahad ketika 26 anggota bomba sedang melakukan sesi latihan di gua yang terletak di perbandaran Altinopolis, lapor agensi berita Xinhua.
Selepas operasi menyelamat hampir 12 jam, sembilan mayat ditemukan dan seorang mangsa lagi dihantar ke hospital akibat hipotermia dan masalah pernafasan, menurut Jabatan Bomba.
Mangsa yang maut itu termasuk dua anggota bomba wanita.
-- BERNAMA
#Brazil #runtuhan gua #Sao Paulo #Altinopolis