awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 disahkan maut insiden tembakan sambutan Tahun Baharu Cina di Los Angeles

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2023
12:24 MYT
9 disahkan maut insiden tembakan sambutan Tahun Baharu Cina di Los Angeles
Sembilan orang disahkan maut dalam insiden tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park, daerah Los Angeles, Amerika Syarikat pada Sabtu. - Foto REUTERS
LOS ANGELES: Sembilan orang disahkan maut dalam insiden tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park, daerah Los Angeles, Amerika Syarikat pada Sabtu.
Menurut laporan agensi antarabangsa, bagaimanapun jumlah mangsa yang tercedera dalam insiden tembakan itu belum lagi didedahkan oleh pihak berkuasa.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, suspek merupakan seorang lelaki dan belum disahkan sama ada telah ditahan atau sebaliknya.
Seorang saksi kejadian memberitahu, tiga orang kelihatan telah berlari memasuki sebuah restoran dan memintanya untuk mengunci pintu sebelum terlihat seorang lelaki dengan senjata jenis mesingan berhampiran lokasi kejadian.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam Sabtu ketika ribuan penduduk sedang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Monterey Park.
Monterey Park ialah sebuah bandar di daerah Los Angeles, California yang didiami 60,000 komuniti Asia dan menjadikannya kawasan komuniti Asia terbesar di Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#Los Angeles
#insiden tembakan
#Monterey Park
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan