[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
DUNIA

9 maut, 26 cedera dalam letupan kilang mercun di tengah China

Bernama 17/06/2025 | 10:30 MYT
Misi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, manakala satu pasukan siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian. - Gambar hiasan
CHANGSHA: Seramai sembilan orang disahkan maut manakala 26 lagi cedera susulan kejadian letupan di sebuah kilang mercun pada pagi Isnin di China, lapor Xinhua memetik kenyataan ibu pejabat operasi menyelamat di lokasi kejadian.
Letupan berlaku kira-kira 8.23 pagi Isnin di Daerah Linli, Wilayah Hunan.
Misi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, manakala satu pasukan siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.
-- BERNAMA
#China #kilang mercun #letupan kilang mercun #kilang mercun meletup