DUNIA
9 maut dalam kebakaran rumah warga emas di Bosnia
Sekurang-kurangnya lima individu mengalami kecederaan, dengan tiga daripadanya kini dirawat di unit rawatan rapi. - Foto REUTERS
TUZLA: Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan maut manakala beberapa lagi cedera dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah rumah penjagaan warga emas di bandar utara Tuzla lewat malam Selasa.
Ringkasan AI
Menurut laporan media tempatan, kebakaran itu tercetus sekitar pukul 9 malam waktu tempatan dan berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian.
Dalam pada itu, punca kebakaran masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Laporan itu turut menyebut bahawa sekurang-kurangnya lima individu mengalami kecederaan, dengan tiga daripadanya kini dirawat di unit rawatan rapi.
Jurucakap Pusat Klinikal Universiti Tuzla, Ersija Asceric Mujedinovic, mengesahkan bahawa beberapa pesakit sedang menerima rawatan akibat keracunan karbon monoksida.
“Tiga pesakit kini berada di Klinik Perubatan Dalaman akibat keracunan karbon monoksida, dua lagi di unit rawatan rapi, manakala seorang sedang menerima rawatan di klinik kemasukan,” katanya.
Sementara itu, pihak berkuasa tempatan dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat.
Ringkasan AI
- Kebakaran di rumah penjagaan warga emas di Tuzla lewat malam Selasa meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa dan mencederakan beberapa individu.
- Lima mangsa cedera, termasuk tiga yang dirawat di unit rawatan rapi akibat keracunan karbon monoksida.
- Punca kebakaran belum dikenal pasti dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan; kenyataan rasmi dijangka dikeluarkan tidak lama lagi.