[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

9 maut dalam petempuran di Kaherah

Astro Awani 26/01/2013 | 23:22 MYT
Sekurang-kurangnya sembilan maut dalam petempuran diantara anggota keselamatan dan penunjuk perasaan dilaporkan tercetus berhampiran Dataran Tahrir di Kaherah.
Selain memperingati ulang tahun kedua revolusi kejatuhan pemimpin bekas Presiden Hosni Mubarak, tunjuk perasaan yang diadakan di seluruh Mesir menjadi platform bantahan anti Presiden Mohamad Morsi.
Bedasarkan laporan media tempatan Mesir, dua daripada mangsa membabitkan remaja di bawah 20 tahun.
Ekoran insiden yang berlaku, Presiden Morsi bertegas akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Dalam kenyataannya, beliau mahu semua rakyat menghormati prinsip revolusi, dengan menyatakan pandangan mereka secara aman.
#Dataran Tahrir #Mesir #Mohamad Morsi #revolusi