awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025

Bernama
Bernama
23/12/2024
21:15 MYT
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Sehingga kini, Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Cuba, Malaysia, Thailand, Uganda dan Uzbekistan telah mengesahkan kesediaan mereka untuk menjadi negara rakan kongsi BRICS. - Gambar hiasan
MOSCOW: Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Jan 2025, kata pembantu Kremlin Yury Ushakov pada Isnin.
"Menjelang sidang kemuncak di Kazan, kami menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat," katanya, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Tidak dinafikan, satu daripada keputusan terpenting sidang kemuncak itu ialah penubuhan kategori negara rakan kongsi BRICS dan persetujuan mengenai senarai 13 negara. Cadangan telah dihantar ke negara-negara ini.
"Sehingga kini, Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Cuba, Malaysia, Thailand, Uganda dan Uzbekistan telah mengesahkan kesediaan mereka untuk menjadi negara rakan kongsi BRICS," kata Ushakov pada taklimat, sambil menambah bahawa negara ini secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Jan 2025.
"Kami menjangkakan akan menerima maklum balas dalam masa terdekat daripada empat negara lain yang jemputan juga telah dihantar," kata pembantu itu.
Lebih daripada 20 negara menunjukkan minat terhadap usaha BRICS dan pintu persatuan itu tetap terbuka untuk kemasukan individu yang berfikiran sama, tambah Ushakov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakan kongsi BRICS
#BRICS
#Yury Ushakov
#kremlin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan