INTERNATIONAL

92 peratus kediaman di Gaza rosak atau musnah – UNRWA

Astro Awani 19/05/2025 | 11:45 MYT
Ramai penduduk terpaksa berpindah berulang kali dan berdepan masalah kekurangan tempat perlindungan, menjadikan keadaan kemanusiaan semakin terdesak. -Gambar fail/AP
GAZA: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) melaporkan bahawa 92 peratus kediaman di Gaza telah rosak atau musnah, membuatkan penduduk dalam keadaan yang sangat kritikal.


Ringkasan AI
  • UNRWA melaporkan bahawa 92% kediaman di Gaza telah rosak atau musnah, menyebabkan penduduk berada dalam keadaan sangat kritikal.
  • Ramai penduduk terpaksa berpindah berulang kali dan berdepan masalah kekurangan tempat perlindungan, menjadikan keadaan kemanusiaan semakin terdesak.
  • UNRWA masih berada di lapangan untuk memberikan bantuan penting dan menggesa agar kepungan ke atas Gaza dihentikan segera.


Dalam satu kenyataan di platform media sosial X, UNRWA berkata kemusnahan dialami keluarga di wilayah itu tidak terbayangkan dengan ramai terpaksa berpindah berulang kali dan berdepan masalah kekurangan tempat perlindungan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Ramai individu telah menjadi pelarian berkali-kali, dan tempat tinggal semakin sukar diperoleh. Kepungan ini perlu dihentikan," kata agensi itu dalam kenyataannya.

UNRWA turut menegaskan bahawa pihaknya masih berada di lapangan bagi memberikan bantuan yang amat diperlukan kepada penduduk yang terjejas.






#Gaza #UNRWA #kediaman musnah #kekurangan tempat perlindungan