awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

95 peratus bencana di Indonesia berpunca dari faktor hidrometeorologi

Bernama
Bernama
24/04/2025
09:26 MYT
95 peratus bencana di Indonesia berpunca dari faktor hidrometeorologi
Banjir besar yang melanda Jakarta pada 2020 menyebabkan sekurang-kurangnya 66 terkorban manakala lebih 60,000 orang terpaksa berpindah. - Reuters
JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia memaklumkan bahawa 95 peratus daripada bencana yang direkodkan di negara itu merupakan bencana hidrometeorologi termasuk banjir, tanah runtuh, kemarau dan ribut tropika.
Amaran itu dikeluarkan ketika Pertubuhan Meteorologi Sedunia mengisytiharkan 2024 sebagai tahun paling panas pernah direkodkan, mengatasi rekod sebelumnya pada 2023.
"Trend ini menunjukkan peningkatan suhu global yang berterusan dan membimbangkan termasuk di Indonesia," kata Ketua Pemangku BMKG, Dwikorita Karnawati dalam satu kenyataan.
Beliau berkata iklim negara yang semakin kompleks dipengaruhi oleh gabungan faktor semula jadi dan aktiviti manusia seperti pertumbuhan penduduk, perubahan guna tanah, serta pemahaman awam yang masih terhad terhadap risiko bencana.
Antara contoh terkini ialah banjir besar yang melanda Jakarta pada 2020 dalam tempoh singkat, menyebabkan sekurang-kurangnya 66 terkorban manakala lebih 60,000 orang terpaksa berpindah.
BMKG membangunkan sistem amaran awal berperingkat bagi membantu masyarakat bersedia lebih awal, namun masih berdepan cabaran terutama di kawasan pedalaman yang mempunyai infrastruktur komunikasi yang lemah, kata Dwikorita.
Agensi itu turut menggesa kerjasama lebih erat antara kerajaan, perkhidmatan kecemasan dan komuniti tempatan untuk meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana.
"Amaran awal bukanlah penamat kepada perlindungan, sebaliknya permulaan tindakan sebenar yang mampu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kerugian," katanya.
Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) pula melaporkan kejadian banjir besar di beberapa wilayah antara 14 hingga 20 April, dengan Sulawesi Tengah, Riau, Sumatera Utara, Jawa Tengah, Banten dan Kalimantan Timur antara yang paling terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bencana alam
#BMKG
#hidrometeorologi
#banjir
#tanah runtuh
#kemarau
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan