Skip to main content

Dunia

95 terkorban, 600 masih hilang banjir dan tanah runtuh di Nepal

A mud-covered building following a flash flood at Trishuli in Nuwakot district, Nepal, August 26, 2026. REUTERS/
Banjir itu melanda awal pagi Rabu di Rasuwa, terletak di utara ibu kota Nepal, Kathmandu dengan maklumat awal menunjukkan ia berpunca daripada gempa bumi yang mencetuskan runtuhan salji. - Reuters
Advertisement

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 95 orang terkorban dan lebih 600 lagi hilang selepas banjir serta tanah runtuh di sepanjang sempadan Nepal-Tibet memusnahkan perkampungan serta merosakkan jalan raya dan infrastruktur.

Banjir itu melanda awal pagi Rabu di Rasuwa, terletak di utara ibu kota Nepal, Kathmandu dengan maklumat awal menunjukkan ia berpunca daripada gempa bumi yang mencetuskan runtuhan salji, sekali gus menyebabkan air daripada salji yang cair mengalir deras ke dalam Sungai Bhotekoshi.

Menurut tentera Nepal, operasi mencari sedang dijalankan di kedua-dua belah sempadan dan setakat ini, 88 orang telah berjaya diselamatkan.

Media kerajaan China, yang mentadbir Tibet, melaporkan jumlah korban yang tinggi, manakala pegawai Nepal menjangkakan "kerugian berskala besar".

Pegawai menyatakan usaha sedang dilakukan untuk mengesan kedudukan 579 pelancong, termasuk 466 warga asing dari 28 negara berbeza. Menurut pihak polis, antara pelancong yang belum dapat dikesan itu, 113 orang adalah warga Nepal, 54 dari Amerika Syarikat, dan 33 merupakan warga United Kingdom.

Media kerajaan China melaporkan tiga orang maut dan 265 lagi hilang di Tibet.

Pelancong yang hilang itu termasuk 12 pengembara dari United Kingdom serta warga Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan, dan India. -Agensi

Must Watch Video

Advertisement