DUNIA
97 bungkusan bantuan digugurkan dari udara di Gaza
Penduduk Palestin berlari untuk mengambil bungkusan makanan yang digugurkan dari udara di Deir Al-Balah, Semenanjung Gaza, 12 Ogos 2025. REUTERS
BAITULMUQADDIS: Lima negara telah menggugurkan sejumlah 97 bungkusan makanan dari udara ke Gaza pada Selasa ketika kebuluran teruk melanda wilayah terkepung itu, lapor Xinhua.
Menurut tentera Israel, bungkusan itu dihantar oleh Emiriah Arab Bersatu, Jerman, Belgium, Perancis dan Itali sambil menyatakan bahawa penghantaran itu dibuat "selaras dengan arahan daripada eselon politik".
Pihak tentera berkata guguran udara itu dijangka akan diteruskan dengan kerjasama negara luar.
Juga pada Selasa, Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa, Mohammed Abu Salmiya memberitahu Al Jazeera TV bahawa kebuluran di wilayah itu telah memasuki "peringkat yang kritikal dan berbahaya", menjejaskan semua peringkat umur.
Kira-kira 350,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami masalah kesihatan yang serius akibat malnutrisi.
Pihak berkuasa kesihatan Gaza melaporkan lima lagi kematian akibat kebuluran dan malnutrisi dalam tempoh 24 jam lepas, termasuk dua kanak-kanak, menjadikan jumlah keseluruhan kematian berkaitan kebuluran kepada 227 orang, termasuk 103 kanak-kanak.
Jumlah keseluruhan penduduk yang terbunuh akibat serangan Israel sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 61,599 orang, dengan 154,088 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan itu.
-- BERNAMA