DUNIA
98 tahanan Palestin maut dalam penjara Israel sejak 2023 – PHRI
Laporan PHRI mendedahkan corak penderaan sistematik dan pengabaian rawatan kesihatan terhadap tahanan Palestin. -Gambar hiasan/Pixabay
BAITULMUQADDIS: Sekurang-kurangnya 98 rakyat Palestin dilaporkan maut dalam tahanan Israel sejak Oktober 2023, menurut laporan terbaharu pertubuhan hak asasi manusia berpangkalan di Israel, Physicians for Human Rights–Israel (PHRI).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Laporan itu disusun berdasarkan data rasmi Israel, maklumat awam, laporan autopsi, fail perubatan serta testimoni bekas tahanan dan kakitangan perubatan.
Ia mendedahkan corak penderaan sistematik dan pengabaian rawatan kesihatan terhadap tahanan Palestin.
PHRI menyatakan angka kematian sebenar berkemungkinan lebih tinggi memandangkan ramai tahanan dari Gaza masih belum dapat dikesan sejak konflik bermula pada Oktober tahun lalu.
“Penemuan kami menunjukkan bukti kukuh bahawa kematian ini bukan insiden terpencil, sebaliknya mencerminkan dasar sistematik yang membenarkan kekerasan fizikal, penyeksaan dan pengabaian perubatan,” kata Penyelaras Projek PHRI, Oneg Ben Dror, dalam kenyataan pada Isnin.
Antara punca kematian dikenal pasti termasuk kecederaan kepala, pendarahan dalaman, tulang rusuk patah, kekurangan zat makanan teruk, serta kegagalan menerima rawatan penyakit kronik seperti kanser.
PHRI turut menuduh pihak berkuasa Israel menyembunyikan punca kematian dan enggan mendedahkan maklumat lengkap mengenai lokasi serta keadaan tahanan Palestin, khususnya mereka yang ditahan di kem tentera seperti Sde Teiman di Gurun Negev.
Laporan itu turut menyebut bahawa sejak permulaan perang di Gaza, tentera Israel melaksanakan apa yang digambarkan sebagai dasar penghilangan paksa, menjadikan usaha mengesan tahanan dan mengesahkan kematian mereka semakin sukar.
PHRI menggesa komuniti antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan pemantau hak asasi untuk menjalankan siasatan bebas dan mendesak Israel mematuhi undang-undang antarabangsa berkaitan layanan terhadap tahanan.
Setakat ini, tiada maklum balas rasmi daripada Kementerian Keselamatan Awam Israel berhubung dakwaan tersebut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Setakat Oktober 2023, sekurang-kurangnya 98 rakyat Palestin dilaporkan maut dalam tahanan Israel menurut laporan Physicians for Human Rights-Israel (PHRI), menunjukkan penderaan sistematik dan pengabaian rawatan kesihatan terhadap tahanan tersebut.
- PHRI mendakwa angka kematian sebenar mungkin lebih tinggi disebabkan tahanan Gaza yang masih belum dikesan sejak konflik bermula pada Oktober tahun lalu, dengan punca kematian termasuk kecederaan kepala, pendarahan dalaman, dan kekurangan zat makanan teruk.
- Pihak berkuasa Israel dituduh menyembunyikan punca kematian dan enggan mendedahkan maklumat lengkap mengenai tahanan Palestin, sementara PHRI mendesak siasatan bebas oleh komuniti antarabangsa dan meminta Israel mematuhi undang-undang berkaitan layanan terhadap tahanan.
Laporan itu disusun berdasarkan data rasmi Israel, maklumat awam, laporan autopsi, fail perubatan serta testimoni bekas tahanan dan kakitangan perubatan.
Ia mendedahkan corak penderaan sistematik dan pengabaian rawatan kesihatan terhadap tahanan Palestin.
PHRI menyatakan angka kematian sebenar berkemungkinan lebih tinggi memandangkan ramai tahanan dari Gaza masih belum dapat dikesan sejak konflik bermula pada Oktober tahun lalu.
“Penemuan kami menunjukkan bukti kukuh bahawa kematian ini bukan insiden terpencil, sebaliknya mencerminkan dasar sistematik yang membenarkan kekerasan fizikal, penyeksaan dan pengabaian perubatan,” kata Penyelaras Projek PHRI, Oneg Ben Dror, dalam kenyataan pada Isnin.
Antara punca kematian dikenal pasti termasuk kecederaan kepala, pendarahan dalaman, tulang rusuk patah, kekurangan zat makanan teruk, serta kegagalan menerima rawatan penyakit kronik seperti kanser.
PHRI turut menuduh pihak berkuasa Israel menyembunyikan punca kematian dan enggan mendedahkan maklumat lengkap mengenai lokasi serta keadaan tahanan Palestin, khususnya mereka yang ditahan di kem tentera seperti Sde Teiman di Gurun Negev.
Laporan itu turut menyebut bahawa sejak permulaan perang di Gaza, tentera Israel melaksanakan apa yang digambarkan sebagai dasar penghilangan paksa, menjadikan usaha mengesan tahanan dan mengesahkan kematian mereka semakin sukar.
PHRI menggesa komuniti antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan pemantau hak asasi untuk menjalankan siasatan bebas dan mendesak Israel mematuhi undang-undang antarabangsa berkaitan layanan terhadap tahanan.
Setakat ini, tiada maklum balas rasmi daripada Kementerian Keselamatan Awam Israel berhubung dakwaan tersebut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah jumlah minimum rakyat Palestin yang dilaporkan maut dalam tahanan Israel sejak Oktober 2023 berdasarkan laporan Physicians for Human Rights-Israel (PHRI)?
A: Sekurang-kurangnya 98 rakyat Palestin dilaporkan maut dalam tahanan Israel mengikut laporan terbaharu PHRI. - Q: Apa yang dinyatakan oleh Penyelaras Projek PHRI, Oneg Ben Dror, berhubung corak penderaan terhadap tahanan Palestin?
A: Oneg Ben Dror menyatakan bahawa terdapat bukti kukuh mengenai penderaan sistematik dan pengabaian rawatan kesihatan terhadap tahanan Palestin. - Q: Apakah antara punca kematian yang dikenal pasti oleh PHRI dalam tahanan Israel?
A: Antara punca kematian yang dikenal pasti termasuk kecederaan kepala, pendarahan dalaman, tulang rusuk patah, kekurangan zat makanan teruk, dan kegagalan menerima rawatan penyakit kronik seperti kanser. - Q: Apakah tuntutan yang dibuat oleh PHRI berhubung tindakan yang perlu diambil oleh komuniti antarabangsa terhadap Israel?
A: PHRI menggesa komuniti antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan pemantau hak asasi untuk menjalankan siasatan bebas dan mendesak Israel mematuhi undang-undang antarabangsa berkaitan layanan terhadap tahanan. - Q: Apakah tindakan Kementerian Keselamatan Awam Israel setakat ini berhubung dakwaan penderaan terhadap tahanan Palestina?
A: Sehingga kini, tiada maklum balas rasmi daripada Kementerian Keselamatan Awam Israel berhubung dakwaan penderaan terhadap tahanan Palestin yang dilaporkan oleh PHRI.
Dapatkan berita terkini di sini
#Palestin
#maut dalam tahanan Israel
#Physicians for Human Rights-Israel PHRI
#penderaan sistematik
#pengabaian rawatan kesihatan