DUNIA
AAIMS25: Tetapkan pendirian AI serantau sebelum rundingan peringkat global - Penyelidik KRI

Jun-E ketika ditemui dalam program Agenda AWANI di Sidang Kemuncak ASEAN AI Malaysia 2025 (AAIMS25), Kuala Lumpur pada Selasa. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak ASEAN AI Malaysia 2025 (AAIMS25) merupakan platform untuk negara-negara anggota mencapai kesepakatan mengenai urus tadbir dan keselamatan kecerdasan buatan (AI).
Ringkasan AI
- Sidang ini membolehkan negara-negara ASEAN menyelaraskan strategi dan kepentingan bersama sebelum menyertai rundingan global mengenai keselamatan dan urus tadbir kecerdasan buatan.
- AAIMS25 membincangkan isu seperti kedaulatan AI, inovasi digital, pembangunan bakat tempatan, dan pengharmonian peraturan serta infrastruktur awam digital.
- Teras tersebut merangkumi pemerkasaan rakyat, inovasi perniagaan, kepimpinan belia dalam AI, kesediaan dasar, dan kedudukan global, dengan sokongan kuat daripada kerajaan Malaysia dan Pejabat AI Kebangsaan.
"Ini penting kerana pada masa yang sama ada banyak sidang kemuncak global lain yang berlangsung. Contohnya, sidang kemuncak AI di Perancis awal tahun ini dan sidang kemuncak impak AI di India akan datang.
“Semua perbincangan ini akan berlangsung di peringkat global. Oleh itu, penting untuk kita ada perbincangan awal agar kita boleh mengatur strategi yang selari dengan kepentingan ASEAN untuk ditonjolkan dan dirundingkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI ketika ditemui di AAIMS25 pada Selasa.
AAIMS25: Tetapkan pendirian AI serantau sebelum rundingan peringkat global – Penyelidik KRI
Malaysia menjadi tuan rumah kepada AAIMS25 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 12 sehingga 13 Ogos dengan tema 'Menerajui Pembangunan AI yang Inklusif dan Mampan di ASEAN'.Antara objektif utama sidang ini termasuk membincangkan isu kedaulatan AI, inovasi digital, mengharmonikan peraturan, infrastruktur awam digital dan pembangunan bakat tempatan.
Lima teras strategik yang akan dibincangkan sepanjang acara adalah memperkasa rakyat, merangsang inovasi perniagaan, meningkatkan peranan belia sebagai pemimpin AI, memperkukuh ekosistem serantau AI, memacu kesediaan dasar dan kedudukan global.
Sidang kemuncak bersejarah yang dianjurkan Kementerian Digital dengan sokongan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO), turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucaptama di hadapan lebih 1,500 delegasi termasuk menteri-menteri ASEAN, ahli akademik, usahawan, pemimpin belia serta pakar teknologi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami