Abang Raja Salman meninggal dunia

Agensi
Julai 29, 2019 01:48 MYT
Putera Bandar bin Abdulaziz Al-Saud meninggal dunia pada usia 96 tahun. - Foto Gulf News
Abang Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud meninggal dunia pada usia 96 tahun.
Putera Bandar bin Abdulaziz Al-Saud ialah anak ke-10 pengasas monarki negara Arab berkenaan namun tidak aktif secara politik.
Berita kematian Putera Bandar disahkan agensi berita Saudi Press pada Ahad.
Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan dan beberapa kenamaan lain termasuk Naib Presiden UAE,Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum,Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Timbalan Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE turut menghantar ucapan takziah kepada Raja Salman di atas pemergian Putera Bandar.
#Arab Saudi #Raja Salman #Raja Salman Abdulaziz al-Saud