RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan pada Isnin, pembentukan lembaga pengarah baharu bagi Dana Pelaburan Palestin, lapor Xinhua.
Agensi berita Palestin WAFA melaporkan bahawa anggota lembaga dana itu termasuk Eyad Judah, Maher al-Masri, Mohammad Nasr, Tamer Bazzari, Atef Allawneh, Mohammad Abu Ramadan, Ali Abu Diyak, Lena Abu Hajleh dan Firas Malham.
Dana itu yang ditubuhkan pada 2003, beroperasi sebagai syarikat pegangan saham awam yang berdaftar dengan Kementerian Ekonomi Negara.
Ia memberi tumpuan kepada pelaburan dalam sektor utama termasuk tenaga, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, ekonomi digital, industri, perdagangan, pertanian, hartanah dan pelancongan.
Dana itu diwujudkan menerusi pemindahan aset yang sebelum ini diuruskan Pihak Berkuasa Palestin. Mohammad Mustafa berkhidmat sebagai Pengerusinya dari Januari 2009 sehingga beliau ditugaskan pada 14 Mac sebagai Perdana Menteri Palestin.
-- BERNAMA-XINHUA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Perdana Menteri Mohammad Mustafa dan Presiden Mahmoud Abbas (tengah) ketika hadir pada majlis angkat sumpah jawatan bersama anggota kabinet baharu Palestin di Ramallah, Tebing Barat, 31 Mac 2024. - Gambar fail AP
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Abbas bentuk lembaga pengarah baharu untuk Dana Pelaburan Palestin
Dana Pelaburan Palestin beroperasi sebagai syarikat pegangan saham awam yang berdaftar dengan Kementerian Ekonomi Negara.