DUNIA
ABC didenda RM415,000 kerana pecat penyampai berhubung hantaran mengenai Gaza
Lattouf kini bergabung dengan wartawan Jan Fran untuk menubuhkan syarikat media ETTE yang memberi fokus kepada literasi media dan kebebasan editorial. - Foto X/Antoinette Lattouf
SYDNEY: Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) telah dikenakan denda sebanyak AUD150,000 (RM415,000) selepas Mahkamah Persekutuan mendapati pemecatan penyampai radio Antoinette Lattouf berhubung hantaran media sosial mengenai Gaza sebagai melanggar undang-undang pekerjaan.
Ringkasan AI
Lattouf, yang ketika itu bertugas secara sambilan di program Mornings ABC Radio Sydney pada Disember 2023, telah dipecat tiga hari selepas memuat naik hantaran Instagram daripada Human Rights Watch yang mendakwa Israel menggunakan kelaparan sebagai “senjata perang” di Gaza.
Hakim Darryl Rangiah menyatakan bahawa ABC bertindak secara tidak sah dengan memecat Lattouf atas alasan termasuk pandangan politiknya yang menentang kempen ketenteraan Israel.
Beliau turut menegaskan bahawa penyiar awam itu berada dalam “keadaan panik” selepas menerima aduan terancang daripada kumpulan pelobi pro-Israel.
Lattouf tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri dan terus dikeluarkan daripada siaran, satu tindakan yang menurut mahkamah melanggar prinsip keadilan dan kebebasan bersuara.
“Saya tidak pernah anggap ini soal wang. Ia soal akauntabiliti dan integriti maklumat yang disampaikan oleh penyiar awam kita,” kata Lattouf dalam kenyataan di platform X.
Beliau sebelum ini telah dianugerahkan pampasan sebanyak AUD70,000 (RM194,000) dan kini menerima tambahan penalti sebanyak AUD150,000 yang perlu dibayar dalam tempoh 28 hari.
ABC dilaporkan telah membelanjakan lebih AUD2 juta (RM5.5 juta) dana awam untuk mempertahankan kes tersebut di mahkamah.
Kes ini mencetuskan perdebatan hangat mengenai kebebasan bersuara dalam media arus perdana dan tekanan politik terhadap wartawan yang menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin.
Lattouf kini bergabung dengan wartawan Jan Fran untuk menubuhkan syarikat media ETTE yang memberi fokus kepada literasi media dan kebebasan editorial.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Mahkamah Persekutuan mendapati pemecatan Lattouf berhubung hantaran Gaza melanggar undang-undang pekerjaan dan prinsip kebebasan bersuara.
- Lattouf dipecat selepas memuat naik hantaran Human Rights Watch; hakim menyifatkan ABC bertindak dalam "keadaan panik" akibat tekanan pelobi pro-Israel.
- Kes ini cetus perdebatan tentang tekanan politik terhadap wartawan; Lattouf kini menubuhkan syarikat media baharu fokus kepada integriti editorial.