[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
INTERNATIONAL

Abdelmadjid Tebboune dipilih semula untuk penggal kedua sebagai Presiden Algeria

Bernama 14/09/2024 | 15:24 MYT
Majlis Perlembagaan Algeria pada Sabtu mengumumkan Abdelmadjid Tebboune telah dipilih semula sebagai presiden negara ini untuk penggal kedua dengan tempoh lima tahun. - Gambar fail/REUTERS
ALGIERS: Majlis Perlembagaan Algeria pada Sabtu mengumumkan Abdelmadjid Tebboune telah dipilih semula sebagai presiden negara ini untuk penggal kedua dengan tempoh lima tahun, lapor Agensi Anadolu (AA).
Presiden Majlis Perlembagaan, Omar Belhadj, mengumumkan keputusan akhir di televisyen nasional, mengesahkan kemenangan besar Tebboune dengan majoriti mutlak, memperoleh 84.30 peratus undi dalam pilihan raya presiden yang diadakan pada Ahad lepas.
Peratusan keluar mengundi akhir bagi pilihan raya berkenaan adalah 46.10 peratus daripada pengundi yang layak.
Tebboune menerima 7,976,291 undi daripada jumlah keseluruhan 11,226,065 undi, memberikannya kelebihan yang signifikan berbanding pesaingnya.
-- BERNAMA
#Abdelmadjid Tebboune #dipilih semula #Presiden Algeria #penggal kedua