Skip to main content

Dunia

Abu Gunung Etna jejas operasi penerbangan di Lapangan Terbang Catania, Sicily

[TB]_Mount Etna erupts_REUTERS
Gunung Etna, gunung berapi aktif terbesar di Eropah, menunjukkan peningkatan aktiviti sejak hujung minggu lalu. - REUTERS
Advertisement

ROM: Pengendali Lapangan Terbang Catania, SAC menggantung semua penerbangan pada Isnin selepas abu Gunung Etna dilaporkan terus gugur susulan peningkatan aktiviti gunung berapi itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sekatan itu dijangka berkuat kuasa sehingga 10 pagi Selasa (0800 GMT), dengan pihak lapangan terbang memaklumkan perkembangan lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Penumpang dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing sebelum bergerak ke lapangan terbang. 

Menurut laman sesawang lapangan terbang itu, hampir semua penerbangan telah dibatalkan.

Gunung berapi aktif terbesar di Eropah itu menunjukkan peningkatan aktiviti sejak hujung minggu. 

Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan Itali (INGV) melaporkan pelepasan abu yang kuat dari satu daripada lohong Gunung Etna pada awal Ahad.

Aktiviti itu kemudian semakin meningkat, menyebabkan kepulan abu mencecah kira-kira 1.5 kilometer di atas puncak gunung berapi berkenaan. 

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement