awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abu mayat kapten 'Wild Boars' tiba di Thailand

Bernama
Bernama
04/03/2023
14:08 MYT
Abu mayat kapten 'Wild Boars' tiba di Thailand
Abu mayat Duangpetch Promthep selamat tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi kira-kira 6.30 pagi (waktu tempatan). - Foto FB Duangpech Promtep
BANGKOK: Abu mayat Duangpetch Promthep, seorang daripada 12 remaja lelaki dari pasukan bola sepak "Wild Boars" Thailand yang terperangkap dalam gua di utara Thailand pada 2018, selamat tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi kira-kira 6.30 pagi (waktu tempatan).
Duangpetch, 17, merupakan kapten "Wild Boars" ditemukan tidak sedarkan diri di asramanya di Leicestershire pada 12 Feb dan meninggal dunia dua hari kemudian di United Kingdom.
Bagaimanapun, punca kematiannya masih belum dapat dipastikan.
Abu itu dibawa pulang oleh Pengerusi Yayasan Zico, Kiatisuk Senamuang yang juga bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Thailand.
Yayasan Zico, merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang membantu Duangpetch mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di Brooke House College Football Academy di Leicester.
Proses pembakaran mayat diadakan di Leicester, England pada 28 Feb.
Ahli keluarga dan saudara mara turut berada di lapangan terbang bagi menerima abu berkenaan.
Ibu Duangpetch, Thanaporn Phromthep berkata mereka akan membawa abu itu pulang ke kampung halaman di Chiang Rai dan upacara keagamaan akan diadakan di sebuah kuil.
Beliau berkata abu itu akan ditaburkan di Sungai Mekong di Chiang Saen pada Isnin.
Kisah Duangpetch diselamatkan bersama 11 rakan sepasukan lain yang berumur antara 11 dan 16 tahun dan penolong jurulatih berusia 25 tahun yang terperangkap di Gua Tham Luang di Chiang Rai selama lebih dua minggu pada 2018, telah menjadi tumpuan dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#abu mayat kapten wild boars
#tiba di Thailand
#Duangpetch Promthep
#Lapangan Terbang Suvarnabhumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan