DUNIA
Aceh sasar buka laluan laut terus ke Pulau Pinang Oktober ini
Aceh akan membuka laluan laut antarabangsa dari Pelabuhan Krueng Geukuh ke Pulau Pinang yang dijangka beroperasi pada Oktober.
KUALA LUMPUR: Aceh bakal membuka laluan perhubungan laut dari Pelabuhan Krueng Geukuh di Aceh Utara ke Pulau Pinang yang dijangka beroperasi pada Oktober, lapor media tempatan detikcom.
Ringkasan AI
Pada Jumaat, Pengarah Jabatan Perhubungan (Dishub) Aceh, Teuku Faisal berkata pelabuhan tersebut berperanan untuk urusan pelayaran antarabangsa.
“Pelabuhan Krueng Geukueh dibuka untuk pelayaran antarabangsa, pelancaran dijangka pada Oktober bersesuaian dengan waktu yang telah ditetapkan,” katanya.
Laporan tersebut mengesahkan Aceh telah melaksanakan koordinasi dengan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Malaysia untuk menjayakan rancangan ini.
Tambahnya, mesyuarat penyelarasan dengan Kementerian Penyelaras Bidang Undang-Undang, Hak Asasi Manusia, Imigresen dan Pemasyarakatan juga telah diadakan.
Timbalan Gabenor Aceh, Fadhlullah Dek Fadh berkata, sebelum ini pernah wujud laluan pelayaran dari Kuala Lumpur ke Aceh, namun tidak berjalan dengan baik.
Fadhlullah turut berharap laluan terus Krueng Geukueh–Pulau Pinang dapat beroperasi dengan lebih berkesan.
Penolong Deputi Kerjasama dan Imigresen, Herdaus pula memaklumkan pihak Konsulat Jeneral Republik Indonesia (RI) di Pulau Pinang telah dimaklumkan mengenai rancangan ini.
Tambahnya, dalam masa terdekat akan dilakukan pemeriksaan terhadap tahap kesiapsiagaan pelabuhan di Krueng Geukueh dan juga di Pulau Pinang, bagi memastikan kelancaran operasi pelayaran.
“Dalam masa terdekat, pelabuhan (Krueng Geukueh) di Lhokseumawe akan ditinjau secara langsung untuk melihat sejauh mana kesiapannya, begitu juga pelabuhan di Pulau Pinang,” katanya.
Ringkasan AI
- Aceh akan membuka laluan laut antarabangsa dari Pelabuhan Krueng Geukuh ke Pulau Pinang yang dijangka beroperasi pada Oktober.
- Kerjasama dan penyelarasan telah dijalankan antara pihak berkuasa Aceh dan agensi CIQS Malaysia serta Konsulat RI di Pulau Pinang.
- Pemeriksaan kesiapsiagaan pelabuhan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memastikan kelancaran operasi pelayaran.