DUNIA
ActionAid gesa UK henti eksport senjata ke Israel susulan dapatan genosid oleh PBB
Ketua Eksekutif ActionAid UK, Hannah Bond menggesa kerajaan Britain segera menghentikan semua eksport senjata ke Israel susulan laporan PBB mengenai jenayah genosid di Gaza.
LONDON: Ketua Eksekutif ActionAid UK, Hannah Bond menggesa kerajaan Britain agar segera menghentikan semua eksport senjata ke Israel.
Ringkasan AI
Gesaan itu susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Bebas PBB yang menyimpulkan bahawa Israel telah melakukan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza.
“Kerajaan UK telah terlalu lama berdolak-dalik. Jika dapatan hari ini tidak mampu menggerakkan tindakan, apa lagi yang diperlukan?” kata Bond dalam kenyataan rasmi yang disiarkan oleh ActionAid UK.
Beliau menegaskan bahawa tindakan segera dan tegas perlu diambil untuk menghentikan perang secara kekal serta memastikan akauntabiliti penuh terhadap semua jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan kekejaman yang berlaku sepanjang konflik tersebut.
Bond turut memberi amaran bahawa kegagalan UK untuk bertindak akan meletakkan negara itu dalam kedudukan bersekongkol secara tidak langsung dengan jenayah genosid yang sedang berlaku.
Laporan PBB yang diterbitkan minggu ini mendapati Israel telah melaksanakan empat daripada lima tindakan yang ditakrifkan sebagai genosid di bawah Konvensyen Genosid 1948, termasuk pembunuhan besar-besaran, menyebabkan kecederaan serius, dan mengenakan syarat hidup yang membawa kepada kemusnahan kumpulan sasaran.
Kerajaan UK sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengiktiraf negara Palestin, namun Perdana Menteri Keir Starmer menerima kritikan selepas bertemu Presiden Israel Isaac Herzog di London minggu lalu, ketika laporan genosid mula mendapat perhatian antarabangsa.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Ketua Eksekutif ActionAid UK, Hannah Bond menggesa kerajaan Britain segera menghentikan semua eksport senjata ke Israel susulan laporan PBB mengenai jenayah genosid di Gaza.
- Beliau menegaskan tindakan tegas perlu diambil untuk menghentikan perang dan memastikan akauntabiliti terhadap jenayah perang dan kemanusiaan.
- Bond memberi amaran bahawa kegagalan bertindak akan meletakkan UK dalam kedudukan bersekongkol secara tidak langsung dengan jenayah genosid.