Pentabdiran Penerbangan Persekutuan Amerika (FAA) enggan menerima cadangan untuk menjadikan sistem elektronik kokpit dalam pesawat sebagai sistem yang tidak boleh diubah (tamper-proof).
Penolakan FAA itu adalah susulan saranan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NSTB) supaya rekaan semula dilakukan kepada sistem elektronik kokpit agar ia tidak boleh diusik atau dipadamkan oleh sesiapa ketika berada di udara.
Alasan FAA kepada NTSB adalah juruterbang harus mempunyai akses kepada alatan elektronik untuk sebarang kejadian kecemasan seperti suhu sistem yang melampau atau kebakaran.
Dalam laporan Bloomberg baru-baru ini, FAA turut menolak saranan NTSB untuk memasang perakam video di dalam kokpit kerana mendakwa ia tidak akan membantu siasatan.
FAA sebelum ini mencadangkan agar saringan kesihatan mental dilakukan terhadap juruterbang untuk mengurangkan risiko gangguan juruterbang kepada penerbangan.
FOTO: Setahun MH370 : Memorial MH370 di Publika Kuala Lumpur
FOTO: Setahun MH370
FOTO: Di manakah MH370?
NTSB pula sejak dari tahun 1997 berkeras mahu agar perakam data penerbangan pesawat dibuat dalam bentuk 'tidak boleh diubah' selepas insiden pesawat Silk Air 185 yang telah mengorbankan 104 orang.
Namun FAA menolak cadangan itu dengan memberikan contoh Swiss Air iaitu penerbangan 111 pada 1998 di mana juruterbang gagal memotong bekalan elektrik ke sistem hiburan dalam pesawat selepas mengesan asap.
Kegagalan berkenaan mengakibatkan api merebak, pesawat tersebut terbakar dan akhirnya terhempas dan membunuh 229 orang.
Bloomberg menyatakan keengganan FAA itu akan menyukarkan usaha-usaha untuk menghentikan peristiwa kehilangan pesawat MAS MH370 dan kes sabotaj juruterbang seperti dalam kes pesawat Germanwings 9525.
Persoalannya, mungkinkah keengganan FAA itu bakal menyebabkan satu lagi kejadian seperti MH370 berulang?
Pada 15 Mac 2014, seminggu selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada mengumumkan bahawa pesawat tersebut telah mengambil laluan baru transponder telah dimatikan dengan sengaja ketika ia menghampiri ruang udara Vietnam.
Agensi
Thu Jun 11 2015

FAA turut menolak saranan NTSB untuk memasang perakam video di dalam kokpit kerana mendakwa ia tidak akan membantu siasatan. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar

KKM cadang kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri tahun ini ditangguhkan - Adham Baba
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu susulan kes penularan COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan. Kerajaan menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung ketidakpatuhan di bazar Ramadan.

COVID-19: Bazar Ramadan ditutup sekiranya terdapat kluster - Dr Adham Baba
Dr Adham berkata pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara dan kerajaan memandang serius perkara itu.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

'Saya peluk anak, azan sekuat hati'
Ketika itu angin kuat berserta hujan lebat menyebabkan bumbung rumah tercabut dan sebahagian dinding juga jatuh.

COVID-19: Olimpik Tokyo boleh dibatal jika 'situasi menjadi mustahil' - Setiausaha Agung LDP
Pembatalan temasya sukan terbesar itu boleh dilakukan pada bila-bila masa berdasarkan situasi penularan gelombang baharu COVID-19 di Jepun.

Politik | Permohonan Pejuang daftar parti didengar 31 Mei
Permohonan parti pejuang tanah air (Pejuang) untuk mencabar tindakan menteri dalam negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu, didengar pada 31 Mei ini. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang menetapkan tarikh tersebut pada pengurusan kes hari ini berkata mahkamah perlu mendengar kes itu dengan kadar segera kerana ia merupakan kes kepentingan awam.

Kartel rokok: Kajian semula ke atas rantaian pembekalan perlu dilakukan - Akhbar Satar
Akhbar Satar mencadangkan perkara itu dalam usaha menangani super kartel rokok seludup yang telah merugikan negara.

Pengenalan Identiti Digital Nasional
Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Professor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Rangkaian, UPM

Sambutan Hari Raya Aidilfitri | KKM cadang rentas negeri ditangguhkan semasa Aidilfitri
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan aktiviti rentas negeri untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia kerana penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan.

Ke bazar Ramadan? Patuh SOP, elak jangkitan
Kita lihat ada bazar yang sesak, namun saya tidak nafikan ada yang ikut SOP yang betul, tapi ada tempat yang melaporkan kesesakan.

Boeing 737 Max dibenar terbang semula selepas dua tahun digantung operasi
Pesawat berkenaan melalui proses penilaian selama 20 bulan dan juruterbang akan diberikan latihan semula.

Boeing, FAA bertanggungjawab atas nahas Lion Air, Ethiopian Airlines - Laporan siasatan
Pengeluar pesawat, Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, FAA disifatkan bertanggungjawab ke atas dua nahas melibatkan pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 penumpang dan anak kapal.

Seorang cedera dalam nahas pesawat di Texas
Menurut pegawai Dallas County dan penerbangan, pesawat enjin tunggal itu terhempas di sebuah padang berdekatan persimpangan jalan Lawson dan Scyene.

Kekal persekitaran komersial tambah baik industri penerbangan awam negara - Mavcom
Penubuhan dan pengekalan persekitaran komersial yang adil dan kompetetif menjadi antara teras strategik untuk menambahbaik industri penerbangan awam negara dari segi ekonomik.

Konflik AS-Iran: FAA keluar sekatan penerbangan, SIA elak ruang udara Iran
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengeluarkan perintah sekatan penerbangan terhadap pesawat bukan ketenteraan Amerika Syarikat

Caj penggunaan ruang udara akan dikaji semula - Anthony Loke
Satu daripada sumber pendapatan utama bagi mana-mana pihak berkuasa penerbangan di dunia ini ialah caj penggunaan ruang udara.

Turun taraf CAAM: Malaysia akan tuntut penjelasan FAA - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata adalah tidak adil untuk pihak FAA berbuat demikian tanpa memberi penjelasan lanjut.

Dahulu kelas satu, kini kelas dua, pengawal selia bertindak segera
Teguran yang kurang jelas serta kurang ketepatan menjadi punca pengawalseliaan penerbangan awam Malaysia kini hilang pengiktirafan tertinggi Kategori 1 oleh FAA.

Tindakan FAA tidak jejaskan kedatangan pelancong luar - Amiruddin
Tindakan pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) menurunkan penarafan keselamatan ruang udara Malaysia, dilihat tidak akan menjejaskan kedatangan pelancong luar ke Malaysia, kata Ti

Malaysia akan ambil langkah untuk betulkan pihak berkuasa penerbangan - PM
FAA telah menurunkan penarafan keselamatan ruang udara Malaysia, melarang syarikat penerbangan negara itu daripada menambah penerbangan ke Amerika Syarikat.