DUNIA
Adakah pemimpin tertua dunia bakal sertai penggal kelapan?
Penampilan awam Biya semakin jarang, dan tempoh lama di luar negara mencetuskan spekulasi tentang tahap kesihatannya. - Foto REUTERS
YAOUNDE: Presiden Cameroon, Paul Biya, yang kini berusia 92 tahun, telah mengumumkan pencalonannya untuk pilihan raya presiden pada 12 Oktober 2025, sekali gus berpotensi melanjutkan pemerintahannya ke penggal kelapan.
Ringkasan AI
Beliau merupakan ketua negara tertua di dunia dan telah memegang kuasa sejak tahun 1982, menjadikan tempoh pemerintahannya hampir 43 tahun.
Dalam kenyataan di platform X, Biya berkata beliau “menyahut seruan berterusan dari sepuluh wilayah negara dan diaspora” untuk terus memimpin.
Beliau menegaskan bahawa tekadnya untuk berkhidmat masih utuh meskipun berdepan cabaran besar.
“Saya calon untuk pilihan raya presiden 12 Oktober 2025. Yakinlah bahawa tekad saya untuk berkhidmat seiring dengan cabaran serius yang kita hadapi,” katanya.
Walaupun menikmati sokongan politik yang meluas, Biya turut berdepan kritikan berhubung isu rasuah, kemerosotan ekonomi, dan ketidakstabilan keselamatan.
Penampilan awam beliau semakin jarang, dan tempoh lama di luar negara mencetuskan spekulasi tentang tahap kesihatannya.
Pada Oktober lalu, beliau tidak muncul di khalayak selama enam minggu, mencetuskan kebimbangan dan larangan media daripada membincangkan kesihatan presiden.
Beberapa tokoh lama dalam gabungan pemerintah telah berundur dan menyertai pilihan raya sebagai calon bebas, termasuk bekas Perdana Menteri Bello Bouba Maigari dan Menteri Pekerjaan Issa Tchiroma Bakary.
Namun, pembangkang masih terpecah dan sukar bersatu di bawah satu calon, walaupun rakyat semakin lantang menyuarakan isu pengangguran belia, harga barang naik dan perkhidmatan awam yang lemah.
Ringkasan AI
- Paul Biya umum bertanding penggal kelapan sebagai Presiden Cameroon: Beliau telah memimpin sejak 1982 dan kini menjadi ketua negara tertua di dunia.
- Sokongan politik kekal, namun berdepan kritikan dan isu kesihatan: Rasuah, ekonomi merosot dan penampilan awam yang jarang menimbulkan kebimbangan rakyat.
- Pembangkang terpecah, cabaran pilihan raya semakin sengit: Tokoh lama bertanding sebagai calon bebas, manakala rakyat desak perubahan dalam isu sosial dan ekonomi.