awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Adakah saya dipecat?' - Kakitangan Twitter rayu jawapan Elon Musk

Agensi
Agensi
07/03/2023
07:43 MYT
'Adakah saya dipecat?' - Kakitangan Twitter rayu jawapan Elon Musk
Thorleifsson yang berpangkalan di Iceland itu telah menjual syarikatnya, Ueno sebuah agensi reka bentuk kreatif kepada Twitter pada awal 2021 selepas mengasaskan firma itu di Reykjavik pada 2014.- Twitter @iamharaldur
SAN FRANCISCO: Seorang kakitangan Twitter dilaporkan merayu hartawan Elon Musk yang merupakan pemilik syarikat itu mengenai statusnya sebagai pekerja.
Memetik BBC, Halli Thorleifsson menciap sebuah hantaran memaklumkan bahawa Ketua Sumber Manusia syarikat itu sehingga kini tidak mengesahkan sama ada dia masih lagi kakitangan atau sebaliknya.
Dalam tweet kepada Musk itu, Thorleifsson berkata: "Ketua HR anda tidak dapat mengesahkan sama ada saya bekerja atau tidak".
Dear @elonmusk 9 days ago the access to my work computer was cut, along with about 200 other Twitter employees. However your head of HR is not able to confirm if I am an employee or not. You've not answered my emails. Maybe if enough people retweet you'll answer me here?
— Halli (@iamharaldur) March 6, 2023
Dalam sebuah ciapan berbeza, Musk menyoal, “Apa kerja yang telah anda lakukan?”
Dear @elonmusk 9 days ago the access to my work computer was cut, along with about 200 other Twitter employees. However your head of HR is not able to confirm if I am an employee or not. You've not answered my emails. Maybe if enough people retweet you'll answer me here?
— Halli (@iamharaldur) March 6, 2023
— Elon Musk (@elonmusk) March 7, 2023
Dalam pada itu, dia tertanya sama ada dia masih pekerja selepas sembilan hari dia tidak dapat mengakses akaun Twitter kerjanya.
Namun begitu, selepas sembilan hari, Thorleifsson berkata, dia baru menerima e-mel yang mengesahkan bahawa dirinya telah dipecat.
Thorleifsson yang berusia 45 tahun sebelum ini merupakan pengarah kanan di jabatan reka bentuk produk untuk Twitter.
"Saya membuka komputer pada pagi Ahad sembilan hari lalu dan melihat skrin berwarna kelabu dan dikunci, menunjukkan bahawa saya telah dikunci daripada akaun Twitter kerja saya.
“Selepas beberapa hari berlalu, saya mula menghubungi orang ramai, termasuk Elon dan ketua HR untuk bertanya tentang status saya,” katanya yang menerima beberapa e-mel dari pejabat sumber manusia yang mengesahkan mereka tidak dapat menjawab soalannya.
Selepas beberapa ciapan menyenaraikan skop kerja dilakukan sepanjang di Twitter, Musk hanya menciap dengan memberi dua emoji ketawa.
Tidak lama selepas itu, Thorleifsson berkata bahawa jabatan sumber manusia Twitter menghubunginya dan mengatakan bahawa dia telah dipecat.
Sebelum ini, Thorleifsson yang berpangkalan di Iceland itu telah menjual syarikatnya, Ueno, sebuah agensi reka bentuk kreatif kepada Twitter pada awal 2021 selepas mengasaskan firma itu di Reykjavik pada 2014.
Sementara itu, Thorleifsson yang berasa tertekan menyifatkan Musk tidak menghormati kontrak yang ditandatanganinya dengan Twitter apabila dia menjual syarikatnya kepada mereka.
Bulan lalu, Elon Musk dilaporkan memecat 200 lagi pekerja Twitter sekali gus menyaksikan Twitter kini hanya mempunyai lebih 2,000 kakitangan berbanding 7,500 pada bulan Oktober tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Twitter
#Halli Thorleifsson
#Reykjavik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan