awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
Sabah jana RM8.74 bilion hasil pelancongan 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adam Smith International sahkan penasihatnya terbunuh di Kabul, rakyat malaysia

Bernama
Bernama
19/01/2014
23:56 MYT
Adam Smith International sahkan penasihatnya terbunuh di Kabul, rakyat malaysia
Sebuah badan perunding ekonomi antarabangsa mengesahkan seorang daripada dua penasihatnya yang terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah restoran di Kabul, Afghanistan Jumaat lepas ialah Gnanathurai Nagarajah, rakyat Malaysia.
Pengarah Urusan Adam Smith International bagi London, Delhi dan Nairobi William Morrison berkata Gnanathurai, Penasihat Polisi dan Pembaharuan Bajet merupakan seorang daripada penasihat paling kanan projek itu dan beliau membantu dalam melakukan pembaharuan terhadap proses bajet negara Afghanistan.
"Sesiapa yang pernah bekerja dengan Gnana (Gnanathurai) dan terdedah dengan daya fikirnya yang cerdas, banyak pengalaman dan baik hati pasti akan menyukai dan menghormati beliau.
"Gnana, warganegara Malaysia, menerima ijazah sarjana ekonomi bagi kajiannya mengenai keupayaan kerajaan-kerajaan untuk mengawal perbelanjaan untuk jangka pendek dan jangka panjang," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman web firma http://www.adamsmithinternational.com/.
Seorang lagi mangsa yang juga bekerja sebagai penasihat firma itu ialah Dharmender Phangurha Singh, bagaimanapun kewarganegaraannya tidak dinyatakan dalam kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Adam Smith International
#kabul.militan
#William Morrison
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan