DUNIA
ADB beri amaran kesan potensi tarif AS yang lebih tinggi terhadap Kemboja
Pada 1 Ogos, AS mengenakan tarif sebanyak 19 peratus ke atas semua barangan yang diimport dari Kemboja. - REUTERS
PHNOM PENH: Kesan keseluruhan tarif semasa yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas produk Kemboja adalah tidak ketara, namun peningkatan tarif seterusnya boleh mengganggu pasaran buruh di negara Asia Tenggara itu, menurut ringkasan dasar yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Asia (ADB).
"Pemodelan ekonomi mengesahkan bahawa tarif semasa masih dapat ditangani, namun tarif yang lebih tinggi akan membawa kesan buruk kepada keluarga di Kemboja melalui peningkatan pengangguran dan kemiskinan," kata Ahli Ekonomi Negara ADB bagi Kemboja, Milan Thomas, yang juga penulis utama laporan itu, dalam kenyataan akhbar yang dipetik Xinhua.
Pada 1 Ogos, AS mengenakan tarif sebanyak 19 peratus ke atas semua barangan yang diimport dari Kemboja.
"Tarif yang tinggi akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi hampir satu mata peratusan, menyebabkan lebih 100,000 orang kehilangan pekerjaan, serta meningkatkan kadar kemiskinan melebihi satu mata peratusan, sekali gus menjejaskan kemajuan yang dicapai baru-baru ini dalam pengurangan kemiskinan," menurut ringkasan dasar itu.
"Kesan itu akan menjadi lebih ketara terhadap pekerja dalam sektor pakaian dan elektronik, yang berkemungkinan berpindah ke sektor bergaji rendah seperti pertanian dan perkhidmatan asas," tambah laporan itu.
Laporan itu mencadangkan bahawa jika tarif meningkat, langkah bantuan sementara termasuk bantuan sosial, perkhidmatan pekerjaan dan program latihan perlu diperkukuh bagi memudahkan peralihan pasaran buruh serta melindungi golongan rentan.
"Dalam jangka panjang, pelaburan berterusan dalam daya saing ekonomi melalui infrastruktur, modal insan dan pembaharuan perniagaan akan meningkatkan keupayaan Kemboja untuk berdepan kejutan ekonomi masa depan," menurut laporan itu.
-- BERNAMA